Tuesday, July 22, 2008

AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550), AKTA PENDIDIKAN (PINDAAN) 2002.

Objektif

Meneliti dan membincangkan kandungan Akta Pendidikan 1996, Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 dan peraturan-peraturan berkaitan

Menyatakan implikasi AP 1996 terhadap pengurusan sekolah

Menyatakan kepentingan AP 1996 sebagai alat untuk membantu pembuatan keputusan

Saturday, July 19, 2008

Wawasan 2020

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.
Matlamat utama
Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan 2020:
1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.
4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.
5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.
7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.
Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya menjadi urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.
Adakah matlamat menjadi negara maju dari segi ekonomi itu realistik?
Pada dekad 1960-an, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar purata sebanyak 5.1% setahun. Pertumbuhan purata ini dinaikkan menjadi 7.8% semasa dekad pertama Dasar Ekonomi Baru dalam dekad 1970-an, dan 5.9% setahun pada dekad 1980-an, akibat kemelesetan bertahun-tahun. Pertumbuhan KDNK pada 30 tahun tersebut dalam nilai sebenar adalah pada kadar purata 6.3 peratus setahun, dengan kadar pada 20 tahun yang lalu merupakan 6.9 peratus setahun pada puratanya. Oleh itu, yang diperlukan ialah tambahan pertumbuhan sebanyak 0.1 peratus untuk mencapai matlumat ekonomi Wawasan 2020i, sesuatu matlamat yang bukannya tidak mungkin.
KDNK Malaysia pada tahun 1990 ialah $115 bilion, dengan sasaran kira-kira $920 bilion dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990) menjelang tahun 2020. Pertumbuhan pesat ini memerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira 7.0% (dalam nilai sebenar) setahun untuk 30 tahun akan datang. Jika ini dapat dicapai, dan diandaikan kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2.5%, menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia akan kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar), berbanding dengan tahun 1990. Inilah ukuran masyarakat makmur yang dimaksudkan oleh Wawasan 2020. Dengan itu, KDNK Malaysia akan menjadi lapan kali lebih besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990.



Itulah saja yang mampu i hantar hari ini....Server i lembab dan lambat betul malam ni..boring i tunggu untuk upload...Walau bagaimanapun saya akan cuba cari nota lagi untuk tatapan kita semua....semoga paparan kali ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya...semoga anda berjaya mengharungi ujian PTK tak lama lagi kan...

Pra Sekolah

Wawasan pendidikan negara menjurus untuk melahirkan guru yang bertaraf dunia dn bestari.Oleh itu kurikulum Pengajian Prasekolah ini digubal untuk menyediakan guru prasekolah yang profesional dan berketrampilan bagi menyahut cabaran tersebut.Di samping pemupukan nilai-nilai murni, insan guru yang dilatih perlu beranjak ke arah guru yang mengamalkan budaya berfikir secara kritis,kreatif dan inovatif,serta berliterasi teknologi.Dengan itu guru-guru yang dilatih akan dapat melahirkan generasi yang mampu menempuh cabaran dunia global dan era teknologi maklumat.
RASIONAL
Kanak-kanak merupakan aset negara yang perlu dipupuk dan dicema supaya menjadi warganegara yang dapat mendukung wawasan negara.Setiap kanak-kanak perlu diberi peluang untuk mendapat pendidikan diperingkat prasekolah.
Kegagalan menyediakan peluang pendidikan dan memperkembangkan potensi mereka sudah pasti merugikan dan memjejaskan masa depan negara.
MATLAMAT
Sukatan Pelajaran Pengajian Prasekolah digubal untuk Kursus Diploma Perguruan Malaysia (DPM) mempunyai matlamat bagi melahirkan guru-guru prasekolah yang:

• berakhlak mulia dan bersikap positif;
• berkemahiran melayani keperluan dan perberzaan kanak-kanak;
• berpengetahuan tentang;
o kandungan kurikulum
o kemahiran pedagogi
o kemahiran ikthisas
o kemahiran Teknologi Maklumat;
• mengamalkan pembelajaran kendiri,tahap kendiri dan akses kendiri;
• berwawasan dan berusaha untuk meningkatkan profesionalisme; dan
• beriltizam mrncapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020.
OBJEKTIF
1. menghayati Falsahah Pendidikan Negara dan hubungkaitnya dengan
Matlamat Pendidikan Prasekolah
2. memahami prinsip dan proses pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak prasekolah serta kaitannya dengan proses pengajaran dan
pembelajaran
3. menguasai kemahiran,pendekatan,strategi,kaedah dan teknik dalam
Pendidikan Prasekolah berteraskan bermain sambil belajar
4. mengelola dan mengendalikan program dan aktiviti prasekolah selaras
dengan keperluan kanak-kanak dan persekitaran pembelajaran mereka
5. memainkan peranan sebagai penghubung antara sekolah dan rumah
dengan berkesan
6. melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Prasekolah dan
menyediakan kanak-kanak ke Tahap 1 sekolah rendah
7. membentuk insan guru yang bestari,profesional dan berketrampilan
menggunakan teknologi maklumat
8. mengamalkan budaya berfikir secara global,proaktif,reflektif,kreatif
dan inovatif
9. mempraktikkan budaya kerja secara kolaboratif dan kooperatif

STRATEGI PELAKSANAAN KURSUS
PENGAJIAN PRASEKOLAH.
Dalam menyediakan guru prasekolah bestari peranan pensyarah adalah sebagai "pembimbing di sisi " dan bukan sebagai " pendeta di atas pentas "
Para pensyarah digalakkan mengguna strategi pengajaran dan pembelajaran berikut untuk memyampaikan kandungan kursus:

• tunjukcara
• main peranan
• ' electronic search '
• sumbangsaran
• seminar
• bengkel
• forum
• pengajaran melalui modul
• pengajaran akses kendiri
• ' video conferencning '
• pengajaran mikro
• pengajaran berbantukan komputer ( CAI)
• pembelajaran rakan sebaya
• internet
• E-mail
Selain itu,disarankan juga strategi pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara bersepadu dan berfokus kepada pelajar berdasarkan :

• pembelajaran kendiri ( self-directed learning)
• pembelajaran tahap kendiri (self-paced learning)
• pembelajaran akses kendiri(self-accessed learning)

KEDUDUKAN DAN TARAF BAHASA

Kedudukan dan taraf Bahasa Melayu dapat dilihat dengan mengkaji perkembangannya melalui pendidikan. Dalam tahun 1950, Pesuruhjaya Tinggi Inggeris telah membentuk sebuah suruhanjaya untuk mengkaji soal pelajaran di Malaysia. L.J. Barnes, Pengarah Latihan Kemasyarakatan di Univeristy of Oxford telah mengetuai suruhanjaya berkenaan.

Usul pertama ialah supaya pendidikan sekolah rendah dapat membangunkan rasa kebangsaan, dengan cara membentuk sekolah-sekolah rendah berbilang kaum yang dikenali sebagai sekolah kebangsaan. Sistem pelajarannya bertujuan memberi pendidikan pelajaran rendah dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Usul itu mengesyorkan supaya dihapuskan sekolah-sekolah yang pelbagai corak dan bahasa supaya menjadi satu jenis sekolah yang umum bagi semua penduduk.

Suratkhabar Cina dengan keras membidas Laporan Barnes ini. Sehubungan itu, Pesuruhjaya Tinggi Inggeris pada tahun 1951 telah membentuk sebuah suruhanjaya yang mengkaji soal pelajaran Cina. Anggota-anggotanya terdiri daripada W.P. Fenn, seorang ahli pendidikan Amerika dan Cina dan Wu Teh Yao, seorang ahli dari Jabatan Pelajaran Bangsa-Bangsa Bersatu. Laporan itu dikenali sebagai Laporan Fenn-Wu. Keseluruhan Laporan Fenn-Wu itu banyak menunjukkan rasa simpati pada pendidikan dan pengajaran Bahasa Cina. Bagaimanapun, Laporan Fenn-Wu menyetujui Bahasa Melayu dan Inggeris dimasukkan ke dalam pelajaran sekolah-sekolah Cina.

Laporan Barnes dan Fenn-Wu dikaji oleh sebuah Jawatankuasa Pusat Penasihat Pendidikan yang terdiri dari 20 orang ahli pelajaran, pegawai pemerintah dan ahli luar yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Jawatankuasa tersebut ditugaskan mencari jalan tengah, bagaimana kerajaan dapat melaksanakan perakuan daripada Laporan Barnes dan Fenn-Wu. Mereka berpendapat murid-murid dari sekolah rendah akan diajar Bahasa Melayu dan Inggeris tetapi anak-anak Cina dan India akan diberikan bahasa Kuo Yu dan Tamil. Bahasa pengantar di sekolah-sekolah hendaklah Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib yang dibuat selepas itu lebih jelas menentukan kedudukan Bahasa Melayu. Ia menjadi asas bahasa pengantar yang tinggal dalam sistem pendidikan Malaysia.

Selepas tahun 1970, dasar ini dijalankan dengan lebih giat dan teratur, maka semua sekolah rendah aliran Inggeris telah menjadi aliran Melayu pada tahun 1975, dan seterusnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah menengah.

Dasar Bahasa Kebangsaan ini pula terkandung dalam Perlembagaan Malaysia iaitu :
- Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
- Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (disemak 1971)
Antara salah satu sebabnya ialah tragedi berdarah 13 Mei 1969 yang telah banyak mengorbankan nyawa dan kemusnahan harta benda.

Dasar Pembangunan Nasional

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan dasar ekonomi Malaysia yang digunakan sekarang. Ia merupakan sambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada 1990. Walau bagaimanapun, fokusnya hampir serupa dengan DEB.
Fokus
1. Membasmi golongan miskin
2. Menyusun semula masyarakat
Objektif
1. Memperkukuhkan kestabilan negara dari segi ekonomi, sosial dan politik melalui pembangunan bandar dan di luar bandar
2. Menjadi negara maju dan mengukuhkan keadilan sosial, nilai etika, moral, kualiti hidup dan mengamalkan prinsip pentadbiran yang adil dan kecemerlangan ekonomi
Program
1. Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat
2. Memastikan keseimbangan kaum dalam pelbagai aspek
3. Meningkatkan penggunaan sains dan teknologi
4. Menerapkan nilai sosial, kerohanian, dan amalan cintakan alam sekitar
5. Meningkatkan peluang dan kemudahan pendidikan

Dasar Ekonomi Baru

Assalamualaikum dan selamat berjumpa semula....

Apa khabar anda hari ini? Sudahkah anda turut serta mengundi samada PTK perlu diteruskan lagi atau tidak?...Sudahkah anda bersedia untuk terus bersama saya belajar tentang negara kita?...

Hari ini saya akan memulakan tajuk DEB yang mana ianya adalah tajuk yang selalu keluar exam semasa saya di maktab dulu...Saya dapatkan informasi ini daripada Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1970-1990) di Malaysia diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ianya telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:
• mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan
• mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

[sunting] Sejarah Dasar Ekonomi Baru
DASAR EKONOMI BARU (DEB) (1970–1990)

PENGENALAN

Perlaksanaan dasar “divide and rule” (pecah dan perintah) pemerintahan Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu . Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3 rumpun utama iaitu Bangsa Melayu , [Kaum Cina] [1] dan Kaum India. Melalui dasar ini Orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (Kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang cina [2] menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mengwujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.

PERISTIWA 13 MEI 1969

Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah menyedar dan mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati Bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti Orang Melayu tinggal diluar bandar . Manakala orang Cina [3] pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan orang cina tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan di Tanah Melayu. Timbul kesedaran dikalangan Orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.

Semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan dan prasangka orang Cina terhadap Orang Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum ketibaan Inggeris, orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya) telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Turut memburukkan keadaan adalah kerana, kebanyakan orang Cina menganggotai Parti Komunis Malaya manakala Orang Melayu kebanyakan menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948–1960.

Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep “Malaysia untuk orang Malaysia” yang yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew menyemarakkan perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda adalah manifestasi hubungan antara kaum di Tanah Melayu yang sememangnya retak menanti belah. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui.

Parti Perikatan yang menerajui kepimpinan negara mendapat majoriti yang kecil tetapi masih cukup untuk menubuhkan kerajaan. Parti-parti pembangkang pula berjaya menambahkan bilangan kerusi mereka. Manakala di Selangor, berlaku keadaan dimana tidak satu parti pun yang berjaya mencatat kemenangan majoriti bagi menubuhkan sebuah kerajaan. Parti pembangkang telah mengadakan perayaan dan perarakan bagi meraikan kejayaan mereka menambah kerusi telah menghina orang Melayu sewaktu perarakan yang diadakan di Kuala Lumpur. Slogan-slogan yang membangkitkan kemarahan orang Melayu serta kata-kata kesat dan cercaan yang dilemparkan ketika perarakan tersebut mendorong perayaan kemenangan balas oleh parti UMNO. Menurut seorang sarjana, Goh Cheng Teik (1971), “Rusuhan etnik 1969 berlaku kerana perubahan imbangan kuasa antara orang Melayu dengan orang Cina. Andaian yang dipegang selama ini ialah perimbangan kuasa berlaku kerana kuasa politik dipegang oleh orang Melayu dan kuasa ekonomi dipegang oleh orang Cina. Menurut beliau, kemenangan orang Cina yang menganggotai parti pembangkang DAP dan Gerakan telah menyebabkan orang Melayu merasakan bahawa imbangan kuasa mulai memihak kepada orang Cina. Kebimbangan ini diperkuatkan lagi dengan tindak-tanduk penyokong-penyokong Gerakan dan DAP yang terdiri daripada orang-orang Cina yang mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina kedudukan orang Melayu ”.

TINDAKAN KERAJAAN

Akibat kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku ketika peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana Menteri dengan serta-merta telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara. Pengisytiharan ini telah diwartakan dan berkuat kuasa pada 16 Mei 1969. Pengisytiharan ini telah menyebabkan Sistem Kerajaan Berparlimen digantung. Atas perakuan Perdana Menteri, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

MAGERAN berfungsi untuk:
• mengembalikan keamanan dan undang-undang negara;
• menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna;
• mengembalikan suasana harmoni dan kepercayaan antara kaum di seluruh negara.

Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan MAGERAN, Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Majlis Perundingan Negara, mendapati satu masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati masyarakat Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah didapati penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu Majlis Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip utama iaitu:

• Kepercayaan kepada Tuhan
• Kesetiaan kepada Raja dan Negara
• Keluhuran Perlembagaan
• Kedaulatan Undang-Undang
• Kesopanan dan Kesusilaan

Dasar Ekonomi Baru juga dibentuk menerusi Majlis Perundingan Negara sebagai jentera penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Majlis Perundingan Negara juga telah mencadangkan kepada Kerajaan untuk mengwujudkan Jabatan Perpaduan Negara untuk melaksanakan aktiviti berbentuk muhibbah Majlis Muhibah dan Pejabat Muhibah di peringkat pusat, negeri, daerah dan kawasan telah ditubuhkan di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Perlu (Majlis-Majlis Muhibah) 1969 yang telah diwartakan pada 18 Julai 1969.

DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di Negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang dengan mengambil kira faktor tersebut.

Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan . Adalah didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Adalah didapati orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:-

• penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
• pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;

Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970. Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya:
• Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990;
• Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.
• Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain;
• Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar;

Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, Kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

RUJUKAN
1. Asnarulhadi Abu Samah dan Jayum A. Jaw an 1997. Kenegaraan Malaysia. Universiti Putra Malaysia.DASAR EKONOMI BARU (DEB) (1970–1990)137

2. Lotfi Ismail 1980. Sejarah Malaysia 1400–1963. Utusan Publications & Distributors.

3. Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-Dasar Pembangunan 1982. INTAN.

4. Malaysia Kita: Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan 1991. International Law Book Services

Wednesday, July 16, 2008

Aktiviti Rimup




Selamat bertemu kembali....gambar di atas adalah salah satu aktiviti yang telah dijalankan di sekolah saya iaitu Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan yang telah berjaya mengabungkan beberapa buah sekolah melayu dan cina di daerah saya....

Untuk pengetahuan para pendidik saya juga telah menghantar beberapa dokumen berkaitan dengan PTK di www.scribd.com....anda boleh mendapatkan banyak informasi di sana.
Lawatlah sekerap mungkin kerana banyak paparan menarik untuk anda baca dan buku-buku ilmiah yang boleh membantu kita dalam menjayakan tugas kita sebagai guru.

Sila kelik gambar aktiviti di sebelah kanan atau kelik link berikut http://www.scribd.com/people/view/352447

Semoga apa yang telah dipaparkan hari ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

SEMBILAN CABARAN KE ARAH WAWASAN 2020

• Cabaran Pertama adalah membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang diperkongsi bersama. Bangsa ini mestilah sejahtera, terintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompok etniknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaanhak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.
• Cabaran Kedua adalah melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan telah terbentuk jiwanya, yakin akan dirinya sendiri, bangga akan keadaan kini dan segala sesuatu yang telah dicapainya dan cukup tangkas untuk menghadapi segala macam rintangan. Masyarakat Malaysia itu mestilah mempunyai sifat-sifat mengejar kecemerlangan, benar-benar menyedari segala kemungkinan dirinya tidak terkongkong jiwanya dan dihormati pula oleh semua bangsa lain.
• Cabaran Ketiga yang sentiasa kita hadapi adalah cabaran membentuk dan memperkembang sebuah masyarakat demokratis yang matang, yang mengamalkan suatu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul berasaskan muafakat dan musyawarah dan dapat pula dicontohi oleh negara-negara membangun lainnya.
• Cabaran Keempat adalah membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.
• Cabaran Kelima yang terus menerus kita hadapai adalah membentuk sebuah masyarakat matang yang bersifat liberal lagi toleran, dengan setiap warga bangsa Malaysia tanpa mengira keturunan mahupun kepercayaannya bebas mengamalkan dan melaksanakan adat resam kebudayaan serta kepercayaan agamanya masing-masing tanpa merasa tersisih daripada bangsa tersebut.
• Cabaran Keenam adalah membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka, yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.
• Cabaran Ketujuh adalah membentuk sebuah masyarakat berbudi yang berbudaya penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan kepada negara mahupun individu tetapi pada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap.
• Cabaran Kelapan adalah menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil ekonominya. Masyarakat itu akan menjamin pengagihan kekayaan negara secara adil lagi saksama dengan kemajuan ekonominya dinikmati bersama oleh setiap rakyat. Masyarakat yang demikian tidak akan terbentuk selagi terdapat penentuan fungsi ekonomi yang berdasarkan kaum dan pemusatan kemunduran ekonomi kepada kelompok-kelompok kaum yang tertentu.
• Cabaran Kesembilan adalah membentuk sebuah masyarakat yang makmur dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamis, tangkas, dan mempunyai daya ketahanan.

KRONOLOGI PENDIDIKAN SEKOLAH DI MALAYSIA

Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British (sebelum 1824)
Pada zaman ini pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian.
Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah-sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut. Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit kerana pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang boleh diperolehi daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan ramai tokoh agama yang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap etika yang amat tinggi.

SISTEM DAN STRUKTUR PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH (1786-1956)
TEMPOH PERTAMA (1784-1941)

Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (1786-1941)
Pada zaman ini, kerajaan British telah mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di negeri-negeri Selat. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan bantuan kerajaan British. Pada tahun 1856, Blundell dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor telah menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun 1858 hingga 1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Melaka.
Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah Vernakular ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam. Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika ini. Pejabat Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan “A Guide To Careers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils”. Buku tersebut mengandungi analisis senarai kerja yang terdapat di dalam perkhidmatan kerajaan.
Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah ditambah ke dalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga Darjah IV. Selepas itu, hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Special Malay Class, di mana mereka dapat meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak.

Perkembangan Sekolah Vernakular Cina
Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819. Pada tahun 1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You Wei dan Liang Qi Chau telah mendirikan sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran Confucious dengan pengajaran sains Barat. Kurikulum yang diperkenalkan adalah berorientasikan kepada negara China. Sesetengah sekolah dijadikan pusat untuk menyebarkan sentimen anti British. Pentadbiran Inggeris kemudiannya telah mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya menjadi bertambah baik.

Perkembangan Sekolah Vernakular Tamil
Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang getah, kelapa sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara India telah diambil untuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salah sebuah sekolah cawangan Singapore Free School mulai tahun 1834. Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamil pada peringkat awalnya. Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511 buah sekolah estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Sepertimana sekolah Vernakular Melayu, sekolah-sekolah Vernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-sekolah Cina, kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal mereka, India. Buku-buku dan tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India.

Perkembangan Sekolah Inggeris
Pada peringkat awal, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha kaum mubaligh Kristian. Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan dan mempunyai beberapa matlamat seperti berikut:
1. untuk semua bangsa;
2. mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin;
3. ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan kadar berpatutan;
4. murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari Ilmu Kira-kira;
5. murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu;
6. rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain;
7. murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-lain;
8. diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian.
Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan penubuhan Victoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun 1906. Pada awal kurun ke-20, semua Free School telah diambil alih oleh kerajaan. Pada tahun 1905 pula, sebuah sekolah Melayu iaitu Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk anak-anak Melayu peringkat atasan.

TEMPOH KEDUA (1946-1957)

Sistem dan Struktur Pendidikan Sebelum Merdeka
Pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945. Pada zaman ini, kebanyakan sekolah diajar dalam bahasa Jepun.
Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas pihak Inggeris, kurikulum asal telah diaplikasikan semula. Walau bagaimanapun, beberapa laporan cadangan terhadap kurikulum baru telah digubal. Laporan-laporan yang dimaksudkan ialah Laporan Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956.
Di antara cadangan yang telah dikemukakan ialah menuntut kerajaan supaya menyediakan kemudahan-kemudahan pelajaran dan pembelajaran serta menyediakan guru-guru terlatih di sekolah-sekolah. Guru-guru ini merangkumi mereka yang mempunyai rekod penilaian yang baik serta mempunyai etika pengajaran yang boleh dicontohi oleh para pelajar.

Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan (1957-1969)
Sistem pendidikan pada zaman ini masih berorientasikan sistem yang telah tercatat di dalam Laporan Razak. Pada tahun 1959, cawangan Universiti Malaya telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Kejuruteraan, Sastera dan Sains. Pada tahun ini juga Laporan Rahman Talib diwujudkan iaitu pada tahun 1960.

Sistem Pendidikan Kebangsaan selepas 1969
Dalam jangka waktu ini, ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah Rukun Negara dan tumpuannya adalah sejajar dengan pembangunan negara. Aspek yang sangat penting dalam pendidikan iaitu berkaitan dengan etika turut ditekankan dalam Rukun Negara, iaitu ‘Kesopanan dan Kesusilaan’. Aspek ini sering diaplikasikan dalam banyak mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah bagi mewujudkan para pelajar yang tinggi moral dan etika mereka.

Perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan Selepas 1979
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan pada bulan September 1974 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan bagi:
“Mengkaji semula matlamat dan berkesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar palajaran yang wujud, dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka

(Sumber: Education In Malaysia, 1980)



Graf di atas menunjukkan jumlah pendaftaran pelajar sekolah rendah
dan sekolah menengah bermula dari tahun 1956 hingga 1984.

panjang, dan lebih-lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.”

Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat sekolah rendah iaitu kurikulum, kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam sekitar, perkembangan diri yang menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat, membantu murid yang lemah serta mengadakan program pengayaan, pengajaran pemulihan diperbaiki lagi dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah dicadangkan.
Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru bagi pelajaran vokasional, jurusan perdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa, penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum, bimbingan dan kaunseling diwujudkan di sekolah serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan.
Perkembangan terhadap pendidikan berterusan sehingga ke hari ini dan akan berlanjutan untuk masa-masa yang akan datang. Pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan terus meningkat dari setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri mereka ke sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.

Perbezaan Tahap Pendidikan Dahulu, Sekarang dan Akan Datang
Sejak pendidikan dijadikan satu institusi formal, harapan semua lapisan masyarakat ialah untuk melihat setiap pelajar yang terlibat mencapai tahap kecemerlangan bukan sahaja dalam satu bidang malah dalam semua bidang yang terdapat dalam sistem tersebut. Tumpuan pada mulanya diberikan kepada aspek kognitif tetapi kini lebih tertumpu kepada semua aspek, sama ada kognitif ataupun afektif, konvensional ataupun inovatif serta normal ataupun kreatif.


Pendidikan Zaman Dahulu
Berdasarkan kenyataan yang telah diterangkan berkaitan sejarah pendidikan di Tanah Melayu, dapat dibuat kesimpulan bahawa pendidikan pada zaman dahulu amat mengambil berat aspek mengagungkan tanah air sendiri. Contohnya pendidikan Cina yang berorientasikan negara asal mereka iaitu China, manakala pendidikan India pula berasaskan negara India. Selain itu, pendidikan zaman dahulu juga menitikberatkan aspek kecenderungan terhadap agama, seperti kewujudan sekolah-sekolah pondok untuk mengajar Al-Quran dan hal-hal berkaitan dunia akhirat. Selepas kemasukan kurikulum berasaskan British, maka berlakulah rombakan terhadap sistem pendidikan asal yang diamalkan sebelum ini. Walau bagaimanapun, masih lagi terdapat beberapa kelemahan dalam sistem pendidikan yang dianjurkan oleh British. Maka, wujudlah beberapa laporan yang bertujuan untuk memperbaiki sistem pendidikan British ini seperti Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956.

Pendidikan Zaman Sekarang
Bermula selepas Malaysia memperolehi kemerdekaan daripada pihak British, sistem pendidikan negara mula mencapai tahap reformasi secara beransur-ansur. Dalam Rancangan Malaysia Pertama (RM1) hingga Rancangan Malaysia Ketujuh (RM7), aspek pendidikan sentiasa menjadi agenda utama bagi setiap intipati dalam resolusi yang telah dibuat. Kerajaan sentiasa mencari formula baru bagi memastikan para pelajar yang keluar dari institusi pendidikan akan menjadi seorang individu yang mampu memberikan sumbangan maksimum terhadap kemajuan negara. Pendidikan prasekolah, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), pendidikan peringkat tinggi, pendidikan guru, pendidikan vokasional dan teknik serta pendidikan swasta sentiasa dikaji bagi mengesan sebarang kelemahan yang boleh menyebabkan kegagalan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Pendidikan Zaman Akan Datang
Kerajaan telahpun membuat beberapa cadangan untuk melakukan transformasi dalam aspek pendidikan di sekolah-sekolah. Dengan pesatnya kemajuan teknologi maklumat pada dekad kebelakangan ini, pendidikan negara juga tidak mahu ketinggalan dalam menyerapkan teknologi ini dalam menyediakan para pelajar yang bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan, malah juga mampu mengaplikasikan teknologi maklumat bagi kemudahan umat sejagat. Kerajaan dengan bantuan daripada organisasi-organisasi gergasi dalam bidang teknologi maklumat telah berjaya menyenaraikan beberapa resolusi dalam memastikan pendidikan alaf akan datang mampu diaplikasikan sepenuhnya tanpa mengenepikan aspek tatasusila dan etika pelajar.
Salah satu daripada resolusi yang telah dibuat ialah mewujudkan mata pelajaran berkonsepkan teknologi maklumat, seperti pengenalan kepada komputer dan juga pengaplikasian teknologi maklumat terhadap kehidupan. Kerajaan turut bercadang untuk mendedahkan para pelajar dengan aplikasi internet serta mel elektronik bagi membiasakan mereka menggunakannya untuk tujuan menghantar kerja sekolah atau membuat rujukan. Walaupun banyak resolusi yang telah dibentuk, kerajaan tetap meletakkan aspek etika pelajar di tempat yang paling atas sekali. Ini bagi memastikan setiap pelajar bukan sahaja menjadi pakar dalam bidang teknologi maklumat, malah mempunyai etika dan disiplin yang amat diperlukan untuk menerajui negara pada masa akan datang.

Kesimpulan
Setelah mengetahui segala kronologi pendidikan sejak zaman sebelum penjajahan British hinggalah zaman selepas merdeka, kita dapat membuat kesimpulan bahawa banyak perkembangan telah dilakukan terhadap sistem pendidikan negara. Bermula daripada sistem yang berorientasikan kepada bangsa dan agama sendiri kepada sistem pendidikan yang menitik beratkan aspek pendidikan berteknologi tinggi. Walaupun banyak perubahan yang telah dijanakan oleh kerajaan, namun aspek etika tidak pernah ditinggalkan begitu sahaja. Setiap perancangan akan mengambil kira etika moral dan disiplin setiap individu pelajar untuk menjadikan mereka insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Namun, di sebalik usaha-usaha murni tersebut, tersembunyi beberapa kelemahan yang secara tidak langsungnya akan menyebabkan barah yang lebih besar sekiranya tidak ditangani secara total oleh pihak kerajaan. Usaha menyembuhkan barah ini memerlukan pengorbanan daripada seluruh rakyat yang mengaku dirinya seorang warganegara yang berdisiplin dan berhemah tinggi. Hanya dengan cara ini sajalah perkembangan pendidikan akan selaras dengan perkembangan etika para pelajar yang semestinya perlu diberi didikan yang sempurna demi mencapai taraf individu yang berjaya.

Bibliografi
Shahril @ Charil Marzuki, Zainun Ishak, Lee Pau Wing, Dr. Saedah Siraj, Pendidikan Di Malaysia, 1993, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
Juriah Long, Halimah Badioze Zaman, Putih Mohamed, Zalizan Mohd Jelas, Aliran Dalam Amalan Pendidikan Menjelang Abad Ke-21, 1992, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Educational Planning and Research Division, Education In Malaysia, 1980, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Carol Gestwicki, Home, School and Community Relations, 1996, Delmar Publishers, United States of America.
http://blog.cari.com.my/index.php?op=ViewArticle&articleId=7753&blogId=453

Dasar Pendidikan Negara

Pengenalan

Dasar pendidikan negara sebelum merdeka mewujudkan 5 jenis sistem persekolahan yang terasing di antara satu sama lain, iaitu sekolah Inggeris, Melayu, Cina, India dan agama. Sejak tahun 1946, British sedar satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan harus diwujudkan bagi menyatukan masyarakat yang berbilang kaum. Kesedaran ini terbukti dalam Rancangan Cheessmen yang mencadangkan sekolah Inggeris sebagai asas penyatuan sistem persekolahan. Usaha-usaha telah dijalankan untuk menuju ke arah penyatuan sistem pendidikan. Selepas merdeka, usaha mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan diteruskan. Dasar pendidikan kini lebih bertujuan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Satu dasar pendidikan yang lebih baik adalah penting bagi membentuk negara yang stabil, bersatu-padu dan progresif.

Penyata Barnes, 1950

Pada Ogos 1950, satu jawatankuasa yang diketuai oleh L.J. Barnes ditubuhkan bagi mengkaji masa depan sistem pendidikan di Tanah Melayu. Setelah menjalankan kajian, satu penyata yang dikenali sebagai Penyata Barnes disediakan dan dikemukakan kepada Kerajaan British pada tahun 1951. Panyata ini mengandungi syor-syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa ini. Antara syor-syor ini ialah:

a. Sekolah vernakular digantikan dengan sekolah kebangsaan.

b. Sekolah kebangsaan dibuka kepada semua kaum dan diajar oleh guru dari pelbagai kaum dan keturunan.

c. Sekolah rendah – Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Sekolah menengah – Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar.

d. Semua murid diberi pelajaran percuma di sekolah rendah selama 6 tahun.

Penyata ini dibantah oleh kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu membantah kerana kedudukan Bahasa Melayu tidak diberi kedudukan yang wajar. Bagi Cina, sekolah kebangsaan dianggap seolah-olah mengancam kebudayaan dan Bahasa Cina yang mereka banggakan. Orang India menentang kerana permintaan mereka supaya kedudukan sekolah Tamil dikaji telah ditolak oleh kerajaan.

Laporan Fenn-Wu, 1951

Pada tahun 1951, kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji kedudukan sekolah Cina. Jawatankuasa ini dketuai oleh Dr. W.P. Fenn dan Dr. Wu Teh-Yao. Tugas utama jawatankuasa Fenn-Wu ialah mengkaji kemungkinan menjadikan sekolah Cina yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai pengantar dan Bahasa Cina sebagai satu matapelajaran pilihan. Syor-syor yang dikemukakan ialah:

a. Sekolah Cina dikekalkan tetapi kurikulumnya berdasarkan latar belakang tempatan.

b. Sekolah Cina menyokong konsep penggunaan 3 bahasa sebagai bahasa pengantar supaya perpaduan di antara kaum tidak terjejas.

Laporan Fenn-Wu ditolak oleh UMNO kerana tidak menguntungkan orang Melayu.

Ordinan Pelajaran, 1952

Pada bulan September 1952, satu jawatankuasa Penasihat Pusat ditubuhkan bagi mengkaji Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu. Jawatankuasa ini mengesyorkan beberapa cadangan yang kemudian diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran 1952. Antara cadangannya ialah:

a. Penubuhan 2 jenis sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

b. Pelajaran selama 6 tahun dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah.

c. Sekolah kebangsaan yang dicadangkan oleh Barnes dilaksanakan.

d. Sekolah Cina dan Tamil tidak termasuk dalam konsep sistem sekolah kebangsaan.

Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan kerana berlakunya Darurat.

Penyata Razak, 1956

Jawatankuasa Razak ditubuhkan pada 30 September 1955 untuk mengkaji Ordinan Pelajaran 1952. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein. Hasil kajian jawatankuasa ini terkandung dalam Laporan Razak yang dikemukakan pada bulan April 1956. Berikut ialah kandungan Laporan Razak:

1. Sekolah rendah

a. Sekolah rendah dibahagikan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) yang menggunakan Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar.

b. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan matapelajaran wajib.

c. Murid keturunan Cina dan Tamil di sekolah aliran Inggeris diberi peluang mempelajari bahasa ibundanya jika ada 15 orang atau lebih murid ingin belajar.

d. Guru-guru mestilah mempunyai Sijil Sekolah Menengah Rendah dan mendapat latihan sepenuh masa setahun dan separuh masa 2 tahun.

2. Sekolah menengah

a. Sekolah menengah dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu sekolah menengah rendah (3 tahun), sekolah menengah atas (2 tahun) dan pra-U (2 tahun).

b. Satu jenis sekolah menengah sahaja yang Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib.

c. Terbuka kepada semua kaum dan menggunakan sukatan yang sama.

d. Bagi memasuki sekolah menengah, mesti lulus peperiksaan memasuki sekolah menengah.

3. Sistem peperiksaan

a. Sekolah menengah rendah

Peperiksaan di peringkat Tingkatan 3 (peperiksaan bersama) dan mesti lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP/LCE) bagi memasuki sekolah menengah atas.

b. Sekolah menengah atas

Peperiksaan bersama di Tingkatan 5 untuk memperolehi Sijil Persekutuan Tanah Melayu yang sama taraf dengan Cambridge Overseas Certificate.

c. Pra-U

Peperiksaan di Pra-U tahun kedua untuk memperolehi Sijil Tinggi Pelajaran (STP/HSC) untuk memasuki universiti.

Laporan Razak telah diluluskan pada April 1957 dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Razak ditentang oleh orang Melayu kerana tiada ketegasan dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan. Orang Cina menentang kerana sesetengah cadangan dikatakan mengabaikan pendidikan Bahasa Cina.

Laporan Rahman Talib, 1960

Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan bagi mengkaji semula perlaksanaan Laporan Razak dan langkah-langkah bagi mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan. Jawatankuasa ini diketuai oleh Abdul Rahman bin Haji Talib. Beberapa syor telah dikemukakan:

1. Bahasa kebangsaan

a. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.

b. Peperiksaan awam diadakan dalam Bahasa Melayu.

c. Semua calon mesti lulus Bahasa Melayu sebelum masuk ke sekolah menengah.

2. Kelas peralihan

Kelas peralihan diadakan bagi pelajar dari SRJK(C) dan SRJK(T) yang ingin bertukar ke sekolah menengah aliran Melayu atau Inggeris.

3. Kenaikan automatik

a. Kenaikan darjah secara automatik di semua sekolah rendah dan sekolah menengah bantuan kerajaan.

b. Peluang pendidikan selama 9 tahun disediakan secara automatik iaitu 6 tahun sekolah rendah dan 3 tahun sekolah menengah rendah.

c. Pelajaran percuma kepada semua sekolah rendah tanpa mengira bahasa pengantarnya.

4. Matapelajaran akhlak

a. Murid beragama Islam – Pendidikan Islam.

b. Murid bukan beragama Islam – Pendidikan Moral.

Akta Pelajaran, 1961

Syor-syor Laporan Rahman Talib akhirnya digubal menjadi Akta Pelajaran 1961. Melalui akta ini:

a. Semua sekolah menggunakan kurikulum yang sama tanpa mengira aliran sekolah.

b. Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dari sekolah rendah ke sekolah menengah sampai institusi pengajian tinggi.

c. Umur minimum meninggalkan sekolah – 15 tahun.



Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya rasa tiba-tiba nak buat blog...nak belajar buat bloglah katakan. Kalau ada yang tak betul nanti silalah bantu ya...maklumlah orang baru nak start main internet ni...pernah dengar tapi tak pasti apa binatang blog tu?.
Nama saya Adibkaya....berasal daripada Sarawak dan sekarang bertugas sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah di kawasan luar bandar Sarawak...nak tau lebih lanjut emaillah kepada saya di adibkaya127@yahoo.com.my atau adibkaya127@gmail.com.
Hari ini kita telah dikejutkan dengan pelbagai perubahan mendadak dalam industri pelajaran yang merupakan bidang profesional yang amat diminati bukan kerana ditawarkan gaji yang lumayan tetapi sebagai tempat persinggahan sementara mencari kerja lain.
Tetapi semua para pendidik kenalah belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan gaji yang lumayan dan salah satu daripadanya penilaian tahap kecekapan yang mana menguji tahap minda dan kefahaman serta pengetahuan am para pendidik.
Masalahnya masa untuk belajar amat terhad....buku-buku dan silibus tidak dapat dipastikan keesahannya kerana terlalu banyak tajuk yang perlu dipelajari.
Justeru itu saya ingin membantu diri saya untuk mencari segala bahan yang ada untuk dikongsikan bersama rakan-rakan guru di seluruh negara.
Moga-moga dapatan saya nanti dapat membantu kita berjaya dalam ujian PTK kelak. Insya Allah.
Anda juga disarankan untuk membuat komen dan menambahbaik blog ini agar ianya lebih menarik dan kalau boleh tu sumbangan idea atau nota anda juga diperlukan.

Sekianlah untuk kali ini....semoga kita dapat bekerjasama kelak. Terima kasih.